Wednesday, 10 July 2013
cinta selalu membutakan kita
Mari kita sama-sama umpamakan diri kita tiba-tiba tertarik untuk memancing. agak-agak apa langkah pertama yang kita ambil? Saya percaya kita akan bertanya pada orang yang pernah memancing atau biasa memancing, di mana lubuk ikan yang paling hampir dengan tempat kita. Tentu kita tidak membeli joran dahulu.
Mari umpamakan diri kita tiba-tiba tertarik untuk menjadi petani. Agak-agak apa langkah pertama kita?Tentu kita akan memeriksa tanah kita itu, apakah ia subur, sesuai untuk bercucuk tanam, di bahagian mana boleh di tanam apa, sayur apa, pokok apa, semuanya kita pastikan dahulu. Kita juga akan cuba mendapatkan nasihat daripada petani-petani yang telah lebih dahulu mengusahakan tanah mereka. Kita belajar dahulu daripada mereka. Semua nasihat mereka kita akan patuhi sebab kita tak mahu usaha kita sia-sia.
tapi agak-agak berapa ramai di antara kita yang betanya dulu kepada orang yang tahu tentang sseseorang itu sebelum kita mengambil langkah berkawan ataupon berkahwin dengannya? Yang bisa terjadi, kita berpegang teguh pada keputusan kita tanpa merujuk mana-mana pihak mahupun mengambil pandangan sesiapa. Kita tidak perduli dengan kata-kata orang. kita tak ambil pusing untuk mendapatkan nasihat sesiapa. Kkalau berkeluarga menentang, kita katakan, "kalau kawan-kawan memberi pandangan jujur, kita kata, "AH,kamu cemburu sebenarnya."
Malah tatkala kita dalam mabuk cinta, biarpun kita tak nampak beberapa kepincangan dirinya, kita tetap mengatakan tak apa. Itu boleh diubah perlahan-lahan. Kita begitu mudah berkompromi. Kadang-kadang kita lihat beberapa kecatatan pada fizikalnya, tapi kita mengatakan, tak apa, aku masih boleh menerima.
Begitu lah butanya kita. Sedangkan untuk memancing kita tidak beli joran dahulu tetapi menyemak lubuk-lubuk yang kita pergi; sedangkan untuk berani kita memeriksa tanah dahulu sebelum mengusahakannya, tapi tatkala kita hendak memberikan hati kita kepada seseorang, kita jarang hendak berbuat seperti itu. Apabila kita merasakan kita sudah jatuh hati kepada dia, kita benar-benar serasi dengannya. Pertama yang kita lakukan ialah menarik perhatiannya untuk mengagumi kita, atau melakukan sesuatu untuk menarik perhatiannya. Pada saat begini kita tidak begitu peduli dengan beberapa kelemahan yang kita sudah sedia nampak. Matlamat kita untuk merebut hatinya-hanya hatinya!
Mungkin dalam proses perhubungan itu kita semakin nampak banyak lagi ketidakserasiannya dengan kita, banyak lagi kelemahan, tapi perasaan cinta, kasih dan sayang telah sepenuhnya kita berikan kepada dia, menyebabkan kita semakin berkompromi dan buta.
Subscribe to:
Comments (Atom)